Sebagai Puteri Monaco (princesse de Monaco) Grace_Kelly

Putera Rainier dan Puteri Grace mencemar duli ke Rumah Putih, 1961

Beliau menjawat ketua kelab AS Monaco yang dinamakan semula sebagai 'ASM pada tahun 1960, pasukan ini turut memenangi Piala Bola Sepak Perancis dalam perlawanan akhir menentang AS Saint-Étienne pada tahun sama - sumbangan ini sangat diraikan rakyat jelata Monaco sehingga pengurusan beliau disanjung-sanjung mereka[13]. Pada 1963, Grace menubuhkan Association mondiale des amis de l'enfance; badan amal Fondation Princesse Grace de Monaco turut ditubuhkannya pada tahun sama. Beliau juga presiden Palang Merah Monaco (Croix-Rouge monégasque) sehingga akhir hayatnya.

Hollywood pernah menawarkan seberapa lakonan dala filem tertentu namun ditentang hebat dari serata Monaco dan Putera Rainier sendiri kerana tidak sesuainya dengan imej Grace (filem Marnie tahun 1964 arahan Afred Hitchcock menunjukkan seorang watak yang dirancangnya dirogol). Namun, Grace tetap menyumbang kepada dunia seni dengan cara tersendiri melalui pembacaan puisi dan gubahan bunga.[14]

Roger Moore ada menyatakan perwatakan beliau pada ketika ini sangat lucu dan nakal[15] meskipun diamat tinggi dalam penjawatan beliau sebagai permaisuri negara Monaco.

Beliau melahirkan tiga orang putera-puteri hasil perkahwinannya denga Putera Rainier pada ketika ini:

Rujukan

WikiPedia: Grace_Kelly http://nla.gov.au/nla.news-article51970407 http://badraie.com/guests.htm http://www.channel4.com/4car/ft/feature/top+ten/17... http://ibdb.com/person.php?id=%7B%7B%7Bid%7D%7D%7D http://www.imdb.com/name/nm0000038/ http://www.itnsource.com/compilations/people/celeb... http://www.tcm.com/this-month/article/253218%7C0/T... http://tcmdb.com/participant/participant.jsp?parti... http://www.lefigaro.fr/cinema/2014/09/02/03002-201... http://cloud.gouv.mc/webweb/Annuoff.nsf/(ListCh)/B...